Saturday 10 October 2015

Sabtu, 10 Oktober 2015 - Hari Sukan Negara telah disambut dengan meriahnya oleh warga Sekolah Kebangsaan Kota pada hari Sabtu yang lalu. Kemeriahan sambutan yang yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia menghargai sukan untuk kesihatan tubuh badan itu telah membuka peluang untuk warga sekolah bagi turut menyahut seruan. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh persekolahan yang diadakan pada hari tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan akhir bagi Bola Sepak dan juga Bola Jaring. Mendahului acara-acara tersebut adalah acara senam kreatif yang telah diketuai oleh beberapa orang guru. Acara tersebut merupakaan pembukaan bagi sambutan Hari Sukan Negara di Sekolah Kebangsaan Kota. Seluruh warga sekolah telah turut serta menyertai acara senam kreatif tersebut.

Kemudian, kemeriahan sambutan hari tersebut diteruskan lagi dengan acara pertandingan akhir bagi bola jaring dan bola sepak. Acara-acara tersebut telah dijalankan di padang bola jaring dan bola sepak setiap satunya. Semasa pertandingan berlangsung, suasana pertandingan ternyata meriah dengan kehadiran semua warga sekolah terutamanya murid-murid SK Kota yang turut memberi sokongan kepada para pemain.

Seterusnya, sambutan Hari Sukan Negara telah diakhiri dengan acara dewan. Bagi acara tersebut, para murid tahun 6 telah mempersembahkan tarian masing-masing. Selain itu, tidak terkecuali para guru pelatih daripada IPG Kampus Dato' Razali Ismail, IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Perlis untuk mempersembahkan halwa mata secara spontan. Dewan Sekota telah menjadi sangat meriah dengan persembahan-persembahan daripada semua wakil berkenaan.

Hari Sukan Negara telah dilihat menjadi satu anjakan dan titik permulaan yang positif untuk mendidik rakyat Malaysia terutamanya anak-anak kecil. Dengan adanya sambutan sebegini, mereka boleh terdedah dengan manfaat bersukan dan memupuk rasa cinta dalam bidang kesukanan.




1 comment:

Selamat Datang!

Blog ini memaparkan maklumat berkaitan Sekolah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Jumlah Kunjungan

Terjemah