Sekolah Kebangsaan Kota dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kota. Tapak asalnya di atas tanah Lot No 1934 Mukim Pintu Geng kepunyaan Tok Penggawa Che Mat Ali bin Haji Othman iaitu pengasas sekolah ini. Beliau ialah orang yang pertama bergelar Penggawa bagi Daerah Kota. Sekolah ini muladibuka pada Tahun 1914 dengan bilangan murid seramai 64 orang. Bangunan asalnya didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk-penduduk Kampung Kota.

Pada tahun 1921, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baharu di tanah Lot No. 2069 Mukim Pintu Geng, kepunyaan Penghulu Taib bin Abdul Kadir kerana tapak lama itu rendah dah terdedah kepada panas matahari. Bangunan ini juga didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk-penduduk kampung. Pada tahun 1931 sekali lagi berpindah ke Kampung Wakaf Haji Abdullah kerana kawasan itu lebih strategi mengikut perkembangan kampung dan sesuai dengan nama Sekolah Kota kerana tanah tapaknya itu berada di dalam Mukim Kota dan kepunyaan kerajaan. Kemudian, tanah tapak sekolah itu dipindah milik kepada Allahyarham Abdullah bin Noh, bekas Pegawai Kastam sekarang.

Dalam tahun 1936, Sekolah Kebangsaan Kota dipindah pula ke tapak sekarang kerana keluasan tanahnya lebih luas dan sesuai. Perpindahan terakhir ini dilakukan oleh pihak kerajaan. Semenjak itu sekolah ini terus berkembang maju. Sekolah Kebangsaan Kota merupakan sekolah pertama dalam negeri Kelantan yang memulakan pengajian Darjah VII, iaitu pada tahun 1952.

Tahun 1953 ditambah dengan satu lagi bangunan tambahan yang mengandungi 12 bilik darjah. Pada tahun 1984, kerajaan telah mendirikan sebuah lagi bangunan tambahan iaitu sebuah bangunan batu setinggi tiga tingkat yang serba lengkap.

0 comments:

Post a Comment

Selamat Datang!

Blog ini memaparkan maklumat berkaitan Sekolah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Jumlah Kunjungan

Terjemah