Monday, 16 November 2015

Selasa, 17 November 2015 - Hari ini merupakan satu hari yang cukup nermakna buat calon-calon UPSR 2015. Keputusan peperiksaan UPSR yabg diduduki oleh mereka pada beberapa bulan yang lepas telah pun dikeluarkan. Menjadi harapan guru-guru, ibu bapa dan semestinya murid-murid untuk memperoleh satu keputusan yang membanggakan, 5A! Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang 5A! Bagi murid-murid yang kurang berjaya diharapkan dapat melakukan yang lebih baik daripada ini kerana perjalanan anda masih jauh untuk menentukan kamu berjaya atau sebaliknya. Tahniah juga buat warga sekolah umumnya dan kumpulan gerak kerja tahun 6 yang bertungkus lumus sepanjang tahun 2015 demi kejayaan anak bangsa SEKOTA.

Mari kita lihat ragam murid-murid semasa menerima keputusan UPSR sebentar tadi.

Saturday, 7 November 2015

Ahad, 8 November 2015-Semua murid bermula dari Tahun Satu 2015 hingga Tahun Lima 2015 mula diberikan kelas baharu bagi sesi tahun 2016. Pengagihan kelas dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan baru-baru ini. Murid juga turut diberikan buku teks baharu bagi tahun baharu. Usaha ini merupakan langkah proaktif kearah memberi kesediaan kepada guru-guru dan murid-murid untuk meneruskan sesi persekolahan pada tahun 2016.

Saturday, 24 October 2015

Sabtu, 24 Oktober 2015 - Telah berlangsung satu majlis sambutan Hari Keluarga dan Jamuan Tahunan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Kota di Dewan Perkasa, Sekolah Kebangsaan Kota. Majlis tersebut yang bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 12 tengahari telah dihadiri oleh semua warga guru dan kakitangan serta ahli keluarga masing-masing.


Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan permainan pentas yang telah dikelolakan oleh Encik Rashdan, Encik Ramzi dan Encik Hakim. Antara permainan yang telah menambah kemeriahan majlis adalah menyusun kepingan gambar dan memijak belon musuh. Selain daripada permainan pentas, majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan tersedianya pelbagai jenis juadah lazat untuk santapan para guru, kakitangan dan ahli keluarga masing-masing.

Acara tahunan ini dilihat sebagai satu acara yang bagus untuk diteruskan setiap tahun bagi meraikan kerja kerasa masing-masing sepanjang berkhidmat di sekolah tersebut. Diharapkan agar majlis seumpama ini diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan setugas.







Wednesday, 14 October 2015

Khamis, 15 Oktober 2015 - Seramai 75 Orang murid tahun 6 telah terlibat dalam projek yang diberi nama "GardenVilla". Projek tersebut merupakan satu projek yang dirangka khas oleh para guru pelatih daripada IPG Kampus Sultan Mizan, IPG Kampus Dato' Razali Ismail dan IPG Kampus Perlis sebagai sebahagian daripada program pasca UPSR. 

Projek yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 11, 12 dan 15 Oktober telah membuka peluang kepada para peserta untuk meneroka pemikiran kreatif dan kritis masing-masing melalui seni lukisan, pembinaan model dan pembentangan.









Satu ceramah telah diadakan di Dewan Perkasa, Sekolah Kebangsaan Kota sempena sambutan tahun baru Hijrah. Ceramah Maal Hijrah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Marwan di hadapan seluruh warga sekolah; murid-murid dan guru-guru. Ceramah yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi itu diharapkan dapat memberi pengajaran baru dan membina semangat murid-murid untuk meneruskan perjuangan mereka terutamanya dalam pembelajaran masing-masing dengan penuh semangat.



Saturday, 10 October 2015

Sabtu, 10 Oktober 2015 - Hari Sukan Negara telah disambut dengan meriahnya oleh warga Sekolah Kebangsaan Kota pada hari Sabtu yang lalu. Kemeriahan sambutan yang yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia menghargai sukan untuk kesihatan tubuh badan itu telah membuka peluang untuk warga sekolah bagi turut menyahut seruan. Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh persekolahan yang diadakan pada hari tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan akhir bagi Bola Sepak dan juga Bola Jaring. Mendahului acara-acara tersebut adalah acara senam kreatif yang telah diketuai oleh beberapa orang guru. Acara tersebut merupakaan pembukaan bagi sambutan Hari Sukan Negara di Sekolah Kebangsaan Kota. Seluruh warga sekolah telah turut serta menyertai acara senam kreatif tersebut.

Kemudian, kemeriahan sambutan hari tersebut diteruskan lagi dengan acara pertandingan akhir bagi bola jaring dan bola sepak. Acara-acara tersebut telah dijalankan di padang bola jaring dan bola sepak setiap satunya. Semasa pertandingan berlangsung, suasana pertandingan ternyata meriah dengan kehadiran semua warga sekolah terutamanya murid-murid SK Kota yang turut memberi sokongan kepada para pemain.

Seterusnya, sambutan Hari Sukan Negara telah diakhiri dengan acara dewan. Bagi acara tersebut, para murid tahun 6 telah mempersembahkan tarian masing-masing. Selain itu, tidak terkecuali para guru pelatih daripada IPG Kampus Dato' Razali Ismail, IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Perlis untuk mempersembahkan halwa mata secara spontan. Dewan Sekota telah menjadi sangat meriah dengan persembahan-persembahan daripada semua wakil berkenaan.

Hari Sukan Negara telah dilihat menjadi satu anjakan dan titik permulaan yang positif untuk mendidik rakyat Malaysia terutamanya anak-anak kecil. Dengan adanya sambutan sebegini, mereka boleh terdedah dengan manfaat bersukan dan memupuk rasa cinta dalam bidang kesukanan.




Selamat Datang!

Blog ini memaparkan maklumat berkaitan Sekolah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Google+ Badge

Jumlah Kunjungan

Terjemah