Saturday 24 October 2015

Sabtu, 24 Oktober 2015 - Telah berlangsung satu majlis sambutan Hari Keluarga dan Jamuan Tahunan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Kota di Dewan Perkasa, Sekolah Kebangsaan Kota. Majlis tersebut yang bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 12 tengahari telah dihadiri oleh semua warga guru dan kakitangan serta ahli keluarga masing-masing.


Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan permainan pentas yang telah dikelolakan oleh Encik Rashdan, Encik Ramzi dan Encik Hakim. Antara permainan yang telah menambah kemeriahan majlis adalah menyusun kepingan gambar dan memijak belon musuh. Selain daripada permainan pentas, majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan tersedianya pelbagai jenis juadah lazat untuk santapan para guru, kakitangan dan ahli keluarga masing-masing.

Acara tahunan ini dilihat sebagai satu acara yang bagus untuk diteruskan setiap tahun bagi meraikan kerja kerasa masing-masing sepanjang berkhidmat di sekolah tersebut. Diharapkan agar majlis seumpama ini diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan setugas.







0 comments:

Post a Comment

Selamat Datang!

Blog ini memaparkan maklumat berkaitan Sekolah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Jumlah Kunjungan

Terjemah